Dalam bab 1, saya telah belajar mengenai pengenalan kehidupan manusia. Kewujudan manusia tidak berpisah dengan Allah swt dan setiap saat ditadbir oleh Allah. Wujudnya manusia untuk mendapat kebahagiaan abadi. Manusia bermasyarakat semenjak alam roh. Pembaikan masyarakat bergantung pada pembaikan roh. Setiap kebebasan individu diikat dengan tanggungjawab. Roh datang dari sisi tuhan dan sifat semua roh adalah baik, patuh dan tunduk. Dari surah Al-Hujurat, ada disebut bawa berita (binabain), selidik,bertanya dan teliti dahulu apabila mendengar sesuatu berita (fatabayyano), orang yang mendapat petunjuk (Ar-Rasyidun) dan Allah mencintakan (Habbabah). Terdapat juga mengenai orang yang munafik iaitu berpura-pura seperti apabila janji dia mungkir, berkata dia berbohong dan amanah dia khianat. Selain itu, Fasik ialah orang yang berterusan melakukan dosa tanpa rasa bersalah. Allah mempercintakan iman, memperhiaskan hati dengan iman, dan memperbencikan orang yang kufur, fasik dan maksiat. Jalan petunjuk dengan menambahkan ilmu tentang Rasulullah saw. Kalau bergaduh antara manusia damaikanlah, jangan mencemuh dan jangan merendah-rendahkan, jangan menyatakan keaiban, jangan mencari kesalahan dan jangan mengumpat. Mulia bersamaan dengan taqwa. Kemuliaan manusia ikut pemikiran sendiri iaitu Ras (melihat dari rupa paras dan warna kulit), Bangsa (keturunan – etnik berdasarkan budaya yang hampir sama), Kelas (berdasarkan status ekonomi), dan Warganegara (berbeza-beza sepadan politik). Tahap hubungan etnik ada dua iaitu tahap negatif dan tahap positif. Tahap negative seperti Prejudis (bersangka buruk dan dalam diri sendiri tiada komunikasi), Stereotaip (kenyataan umum dan mula diluahkan), dan Diskriminasi (menjatuhkan, berkelompok dan berpuak-puak). Manakala, tahap positif seperti Akomodasi (sedar dan hormat serta tahu pantang larang budaya masing-masing, A+B=A+B), Akulturasi (peminjaman budaya seperti makanan, pakaian, dan bahasa, (A+B=Ab+Ba), Asimilasi (hilang identiti asal dan menyerap masuk budaya yang lebih dominant, A+B=A), dan Amalgamasi (kahwin campur, A+B=C).
No comments:
Post a Comment