Thursday 28 April 2016

Refleksi Mingguan Bab 4 (Ilham Farhana)

Berdasarkan tajuk ini, saya belajar untuk membezakan konsep pembangunan dari perspektif islam dan barat.Seterusnya pemodenan iaitu proses perubahan dalam aspek kehidupan melaui proses perencanaan,pelaksanaan dan penilaian dan pembaratan iaitu satu proses peniruan gaya hidup Eropah barat yang tidak disertai d engan usaha perubahan scara berencana.Memahami pembangunan ekonomi di Malaysia sebelum dan selepas Merdeka.Sebelum merdeka, barat menjalankan dasar imperialisme terhadap negara- negara yang mempunyai kepentingan ekonomi kepada mereka seperti bahan mentah, tenaga buruh dan pasaran bagi produk perindustrian mereka.Dasar Pecah Perintah dari segi penempatan menyebabkan bukan melayu dapat melibatkan diri secara langsung manakala melayu kekal di luar bandar. Jurang ekonomi melayu dan bukan melayu semakin meluas. Selepas kemerdekaan, Rancangan pembangunan ekonomi dirangka tahun 1950 tetapi mengikut acuan British.Dua rancangan awal iaitu Draf Rancangan Pembangunan (1950 -1955) bertujuan untuk memperbaiki kedudukn ekonomi barat yang musnah akibat perang dunia II dan Rancangan Pembangunan Lima tahun Malaya Pertama (1956-1960) .Rancangan Pembangunan Lima tahun Malaya Pertama (1961-1965) untuk membangunkan infrastruktur ekonomi di Malaya.Pertengahan 1960-an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import ke eksport.Menjelang 2000 –an, Malaysia mula menfokeskan kepada K-ekonomi iaitu berasaskan teknologi maju dan dasar penswastaan serta pembukaan kawasan perusahaan baharu.Seterusnya RMK 6, 8 ,9 ,10 dan RMK 11.
Maka, apabila saya mempelajari bab ini, saya dapat melihat perbezaan orang melayu dan bukan melayu. Dekad demi dekad, tahun demi tahun, ekonomi orang melayu semakin mundur. Hal ini berkait dengan sikap kita sendiri sebagai orang Melayu. Jadi, saya berazam untuk membetulkan segala perilaku dan sikap saya supaya dapat menjadi salah seorang yang boleh mengawal ekonomi diri sendiri sebaga seorang Melayu.

Refleksi mingguan Bab 4 (Shameeza Najihah)

Dalam bab 4 saya belajar mengenai konsep modenisasi, proses pembangunan ekonomi di Malaysia sebelum dan selepas merdeka, rancangan pembangunan ekonomi Malaysia yang meliputi RMK1-RMK9 dan juga dasar-dasar kerajaan, serta mempelajari konsep pembangunan dari segi perspektif islam dan barat. Modenisasi ialah satu proses transformasi dalam segala aspek kehidupan masyarakat telah dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuhi oleh semua bangsa dan Negara. Dari segi pembangunan ekonomi sebelum merdeka, masyrakat di tanah melayu hanya menjalankan ekonomi sara diri, selepas kedatangan british, mereka telah memperkenalkan ekonomi komersial, yang mana ekonomi ini lebih menguntungkan kepada mereka. Dan apabila penjajah datang ke tanah melayu, berlakulah perpecahan antara kaum dan sector ekonomi yang dipegang oleh setiap etnik. Apa yang saya belajar, kedatangan british telah membawa perpecahan dikalangan penduduk di tanah melayu.

Refleksi Mingguan bab 4 (sharifah nur jalilah)

Dalam bab 4 ini apa yang dapat saya pelajari ialah dari perspektif islam dan barat, islam melihat modenisasi sebagai pembangunan modal insan yang mencakupi aspek pembangunan rohani, spiritual dan material. Manakala dari aspek barat pula ialah proses tranformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Dalam bab 4 ini juga saya pelajari dasar-dasar ekonomi baru yang matlamat dan tujuan nya ialah untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi, membasmi kemiskinan dan mewujudkan peluang pekerjaan dan lain-lain lagi. Manakala dari konsep ekonomi islam pula ialah menekankan tiga perkara utama dalam kegiatan ekonomi, pertamanya islam menghalalkan cara aktiviti ekonomi yang baik, seperti jujur, amanah dan bertanggungjawab. Keduanya ialah islam mengharamkan segala aktiviti yang melibatkan barangan yang merosakan akal, badan, nyawa, fizikal dan lain-lain lagi dan yang terakhirnya ialah islam menuntut supaya manusia membelanjakan harta ke jalan ALLAH s.w.t.

Friday 15 April 2016

5 Jawatan Tertinggi Di Malaysia Yang Wajib Disandang Oleh Orang Islam

Antara jawatan tertinggi di Malaysia yang wajib disandang oleh orang Islam ialah;

1. Sultan
2. Mufti
3. Hakim
4. Kadi
5. Pengutip zakat


Refleksi mingguan bab 3 (Shameeza Najihah)

Dalam Bab 3, saya telah belajar isu hubungan etnik dan perlembangaan. Iaitu, Perkara 3: Islam adalah agama persekutuan, Perkara 8: Kesamarataan & hak sama rata, Perkara 10(4): Batasan hak kebebesan bersuara, Perkara 11: Kebebasan beragama, Perkara 14: Peruntukan kewarganegaraan, Perkara 38: Kuasa majlis raja-raja dan Perkara 89: Tanah rezab melayu.
apa yang saya nak gariskan disini ialah rasional perkara 3 iaitu walaupun islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi kebebsan beragama dijamin dalam perlembagaan, islam diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesuktanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan inggeris. Kedudukan agama islam tidak langsung di ganggu malah urusan agama islam di uruskan oleh raja-raja melayu. Sesuai dengan takrif Melayu, perkara 160 mendefinasikan melayu sebagai seorang yang beragama islam, lazimnya bertutur dalam bahasa melayu dan mengamalkan adat melayu. Saya juga belajar mengenai unsur-unsur tradisi yang meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang melayu, dan bumiputera sabah dan Sarawak, dan akhir sekali unsur tradisi mengenai pemerintahan beraja.

Refleksi Mingguan Bab 3 (Ilham Farhana)

Berdasarkan tajuk ini, saya belajar untuk memahami dan mengetahui definisi perlembagaan iaitu satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, juga antara autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.Ia berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang – undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis yang mana merupakan perlembagaan yang di kumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen.Ia sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang dibenarkan.Manakala, perlembagaan tidak bertulis adalah semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang – undang yang diluluskan parlimen dan keputusan mahkamah. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, Ketua Negara adalah YDPA. Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri yang mana akan mengetuai Kabinet sebagai Badan Pemerintahan Tertinggi.Perundangan diperingkat pusat terdiri 2 dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Setiap negeri mempunyai sebuah dewan Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihanraya 4 tahun sekali.Perlembagaan mempunyai 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual.
Selepas jepun menyerah kalah, British datang semula ke Tanah Melayu, Parlimen British telah meluluskan Malayan Union pada 10 oktober 1945.MU seterusnya ditubuhkan pada 1 April 1946 di King’s House selepas Perang Dunia II bertujuan untuk melemahkan kuasa orang melayu terutamanya Raja –raja Melayu. Ciri – ciri MU adalah semua negeri melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabeor. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan seterusnya kedaulatan raja –raja melayu dihapuskan.Kemudian hak kerakyatan yang sama( jus soli) tanpa mengira bangsa dan keturunan.Pada 1 April 1946 Sir Edward Gent menjadi gabenor pertama. Tetapi orang melayu memulaukan pengistiharan itu akhirnya MU ditukarkan kepada Persekutuan Tanah Melayu kerana British sedar tanpa sokongan orang melayu, MU akan gagal.Kontrak Sosial 1948 merupakan satu persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina dan India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah naugan Inggeris.Perkara dalam kontrak sosial 1948, Melayu ( islam adalah agama persekutuan, kedudukan raja –raja melayu tidak boleh dipersoalkan, hak keistimewaan melayu, seterusnya bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bukan melayu hak kewarganegaraan mereka berdasarkan Prinsip Jus Soli(warganegara berdasarkan tempat lahir). Pada Januari 1956, Rombongan 8 wakil ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman bertujuan untuk berunding dengan pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaan. Seterusnya perjanjian London ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan hasilnya British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu Pada 31 Ogos 1957. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu SURUHANJAYA REID. Surunjaya ini telah membuat tinjauan dan pertemuan untuk meminta cadangan dan pandangan pari –parti politik orang ramai,individu dan Raja –raja Melayu dan inilah yang dipanggil Kontrak Sosial. Peruntukan untuk agama Isalm dan orang melayu meliputi:

Perkara-3 Islam sebagai agama rasmi.
Perkara-8 Persamaan hak dan sama rata dan pengecualian dalam soal agama,kedudukan orang –orang melayu.
Perkara-10(4) batasan hak kebebasan bersuara dari menyentuh kedudukan raja –raja melayu.
Perkara-11 kebebasan beragama, Perkara-14 kewarganegaraan,Perkara-89 Tanah Rezab Melayu.
Perkara-38 Kuasa Majlis Raja –Raja Melayu. 
Perkara 150 (6a)- Kedudukan agama Islam, adat melayu dan bumiputera dan kewarganegaraan.
Perkara-152 Bahasa Melayu bahasa kebangsaan. 
Perkara-153 Kedudukan Istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah & Sarawak.

Perlembagaan Islam ialah Piagam Madinah iaitu Perlembagaan bertulis pertama di dunia bertujuan untuk dijadikan panduan untuk membentukkan sebuah negara Islam yang berdaulat.Mempunyai 47 Fasal yang merangkumi 2 bahagian .Bahagian Pertama, 23 fasal yang menyentuh hubungan & tanggungjawab orang islam sesama islam.Bahagian kedua pula mengandungii 24 fasal membabitkan Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah.Ia terlahir hasil dari wahyu Allah s.w.t yang merupakan sumber utama undang –undang negara.

Maka, setelah saya mempelajari tajuk ini, saya tahu bahawa di negara kita Perlembagaan adalah yang  teratas tetapi kite mestilah sedar dan ingat bahawa undang-undang Allah itulah yang paling teratas yang mana jika kita ikut kita akan selamat di dunia dan akhirat tetapi jika kita melanggarnya kita akan mendapat yang sebaliknya. Walaupun di dunia ini kadang-kadang keadilan tidak memihak kepada kita tetapi kita harus ingat bahawa kita ada Allah untuk mengadili kita di 'mahkamah akhirat' kelak.

Refleksi Mingguan Bab 3 (Sharifah Nur Jalilah)

Dalam bab 3, ia mengetengahkan mengenai perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik. Konsep perlembagaan ia menyentuh mengenai isu bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan yang menjadi factor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh di Malaysia. Perlembagaan boleh didefinisi sebagai satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan diantara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Hak yang digariskan disini ialah hak antara bumiputera dan non bumiputera di Malaysia. Kuasa pula ialah kuasa yang di pertuan agong, menteri, polis dan lain-lain lagi dalam mentadbir Negara supaya berada di dalam keadaan aman dan harmoni sentiasa.

Thursday 14 April 2016

Ciri-ciri Malayan Union



1. Mengubah status Tanah Melayu dari negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota.

2. Pentadbiran bersifat kesatuan.

3. Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua buah Negeri Selat iaitu negeri Pulau Pinang dan Melaka digabungkan

4. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.

5. Diketuai gabenor British

6. Gabenor dilantik oleh Raja England.

7. Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli.

8. Raja jadi ahli Majlis Melayu -bincang soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

9 Pesuruhanjaya Negeri bagi setiap negeri

10. Parlimen British – pemutus undang-undang.

Friday 8 April 2016

Isi Kandungan Piagam Atlantik

Apakah isi kandungan Piagam Atlantik (Atlantik Charter)?

Isi kandungan Piagam Atlantik adalah seperti berikut;

1. tidak boleh ada perluasan daerah jika tidak dengan kemauan penduduk asli setempat
2. segala bangsa berhak menentukan bentuk dan corak negaranya sendiri
3. semua negara diperkenankan ikut serta dalam perdagangan internasional
4. membentuk perdamaian dunia setiap bangsa dapat hidup bebas dari rasa takut dan kekurangan karena saling membantu
5. menolak jalan kekerasan dalam menyelesaikanpertikaian internasional, kecuali untuk kepentingan umumdalam pertemuan di Washington tanggal 1 januari 1942, 26 negara yang hadir menyetujui program dan tujuan yang terdapat dalam Piagam Atlantik. Ke dua puluh enam negara menandatangani Declaration of the United Nations.

Salinan draf akhir Piagam Atlantik yang disunting milik Winston Churchill.
Sumber: Wikipidia Melayu

Salinan bercetak Piagam Atlantik yang diedarkan sebagai propaganda.

Refleksi mingguan bab 2 (Shameeza Najihah )

Dalam bab 2, apa yang telah saya pelajari ialah mengenai plurality masyarakat melayu dalam sejarah. Plulirism ialah ideology yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. Ciri-ciri majmuk ialah pluraliti, pluralistik, dan pluraliti baru. Pluralistik sewaktu zaman penjajah ialah secara paksaan, kepentingan ekonomi dan politik inggeris, tidak lupa negara asal, dan tidak disertai keluarga. Pluraliti iaitu semulajadi atau sukarela, mencari kehidupan dan kekayaan, disertai keluarga, dan menjamin ketenangan pemikiran dan perasaan. Raja mudah terima islam sebab raja ada perasaan ingin bertuhan. Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan bebas (pelabuhan), pusat penyebaran ilmu pengetahuan, dan pusat penyebaran agama islam. Faktor Melaka menjadi pusat plurality masyarakat ialah sultan Melaka yang berwawasan dan berwibawa, sistem pentadbiran Melaka yang cekap dibantu oleh bendahara, dasar pelabuhan dan perdagangan bebas, pemelukan islam oleh raja Melaka, dan sultan Melaka yang cintakan ilmu pengetahuan. Masyarakat Pluralistik pasca merdeka terdapat dari segi politik, perlembagaan, pendidikan, dan ekonomi.

Refleksi Mingguan Bab 2 (Sharifah Nur Jalilah)

Dalam bab 2, saya telah belajar mengenai pluraliti serta perbezaan antara pluraliti dan pluralistik. Pluraliti terbahagi kepada 3 fasa iaitu pluraliti sebelum kerajaan Melayu Melaka, pluraliti zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dan pluraliti zaman penjajah, Manakala, masyarakat pluralistik di Malaysia terbahagi kepada pra merdeka dan pasca merdeka. Apa yang dapat saya pelajari dari pluraliti ialah bagaiman saya dapat membentuk dan berinteraksi dengan masyarakat bukan bumiputera walaupun berbeza agama dan budaya. Saya juga mendapati bahawa asas kepada pembentukan hidup bermasyarakat di negara yang bebilang kaum di Malaysia adalah bermula dari perkenalan konsep pluraliti dalam pembentukan perpaduan dalam negara.

Refleksi Mingguan Bab 2 (Ilham Farhana)

Berdasarkan topik dua ini, menceritakan pluraliti sebelum kerajaan melayu melaka dan ia bermula secara semulajadi tanpa paksaan. Mempunyai tiga matlamat iaitu Gospel, Gold and Glory.Tujuan datang ke sini untuk mencari kesenangan hidup atau kekayaan dari tempat selain tempat asal mereka.Sebagai kesannya, wujud unsur asimilasi yan mana mereka berkahwin dengan penduduk tempatan serta mengamalkan budaya seperti wujudnya kumpulan Baba & Nyonya.Adat resam juga di guna pakai seperti adat bersanding, bunga mangga, yang diambil dalam perkahwinan budaya Hindu ( orang india). Wujud sistem sosial seperti kelas –kelas dalam masyarkat contohnya raja, bangsawan dan rakyat bawahan.Selain itu, wujud susun lapis perlantikan pegawai kerajaan seperti pembesar keempat,berlapan,enam belas dan orang besar tiga puluh empat oleh astrologi Hindu. Kedatangan Islam melaui pedagang arab banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat tempatan seperti nama,ilmu pengetahuan, contoh ilmu falsafah, teologi( ketuhanan), tasawuf dan lain lagi.Dua konsep utama ciri- ciri masyarakat Asia Tenggara iaitu Pluraliti & Pluralistik.Perbezaan di antara Pluraliti ialah bercirikan semulajadi, tanpa paksaan dan fleksible.Sukarela mencari kehidupan dan kekayaan di sertai oleh ahli keluarga.Ia juga menjamin ketenangan pemikiran dan perasaan. Manakala Pluralisitk bercirikan pemaksaan dan perbezaan.Demi kepentingan politik dan ekonomi Inggeris.Tidak disertai keluarga bahkan mereka tidak pernah melupakan negara asal.Kesan daripada itu, Pluraliti mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem. Mereka sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan dan mengamalkan budaya seharian orang melayu.Amal dan adat resam pendatang juga diterima oleh mereka. Berbeza pula dengan Pluralistik, mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem.Mereka telah mewujudkan kelompok masyarakat dengan sistem tersendiri.Mereka terasing dengan kelompok lain walaupun di tempat yang sama lastas gagal mengenali antara satu sama lain.Mengetahui perngertian Imperialisme dan kolonialisme. Imperialisme adalah meeka menjajah secara fizikal, kekayaan muka bumi seperti bijih timah, dan emas diambil demi kepentingan mereka sendiri.Mereka telah membawa masuk buruh dari china, india bagi mengusahakan lombong dan ladang getah. Mnakala, kolonialisme pula adalah menjajah secara fizikal dan mental.Memperkenalkan sistem sosial, politik dan agama mereka kepada penduduk tempatan.

Maka setelah saya mempelajari bab ini, saya berazam untuk mempelajari dengan lebih lanjut lagi tentang sejarah Melayu kerana orang Melayu sebenarnya adalah masyarakat yang hebat sebelum kedatangan penjajah-penjajah yang menjajah negara kita dan juga mentaliti kita.