Tuesday 21 June 2016

Sunday 12 June 2016

Projek Untuk Ummat Rasulullah

Kata-kata Hikmah dari Saidina Umar

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut
***
Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya***
“Hendaklah kalian menghisab diri kalian pada hari ini, karena hal itu akan meringankanmu di hari perhitungan,”
 (Shifatush Shafwah, I/286) Sayyidina Umar bin Khattab RA

***
Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan***
Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku***
"Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar," Sayyidina Umar bin Khattab RA***
"Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku," Sayyidina Umar bin Khattab RA***
“Kalau sekiranya kesabaran dan syukur itu dua kendaraan, aku tak tahu mana yang harus aku kendarai,” (Al Bayan wa At Tabyin III/ 126) Sayyidina Umar bin Khattab RA***
Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat
***

“Sesungguhnya kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka janganlah kita mencari kemuliaan dengan selainnya,” (Ihya’ Ulumuddin 4/203) Sayyidina Umar bin Khattab RA***
Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu***
“Duduklah dengan orang-orang yang bertaubat, sesungguhnya mereka menjadikan segala sesuatu lebih berfaedah,” (Tahfdzib Hilyatul Auliya I/71) Sayyidina Umar bin Khattab RA***

"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rizki yang lebih baik daripada sabar," Sayyidina Umar bin Khattab RA***
"Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki," Sayyidina Umar bin Khattab RA***
"Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya," Sayyidina Umar bin Khattab RA***
"Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga," Sayyidina Umar bin Khattab RA***
"Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat," Sayyidina Umar bin Khattab RA***
"Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang karena mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau," Sayyidina Umar bin Khattab RA***
Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau hendak mencacinya, maka cacilah dirimu. Karena celamu lebih banyak darinya.***
Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah perutmu dahulu. Karena tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
***

Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah Allah. Karena tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain Allah.***
Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab apabila engkau meninggalkannya, berarti engkau terpuji.***
Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Karena jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi ,dan penuh penyesalan.***
Bila engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah akhirat. Karena engkau tidak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Refleksi Cerita Saidina Umar Al- Khattab Dari Sudut Politik

Berdasarkan cerita tersebut, pengajaran yang boleh diambil ialah, meletakkan Rasulullah s.a.w sebagai sumber rujukan kepimpinan yang utamadalam menjalankan undang –undang dan menjatuhkan hukum terhadap sesuatu.Walaupun pesalah itu telah membunuh, tetapi dia telah insaf dan meletakkan nilai agama sebagai yang utama, iaitu melaksanakan tanggungjawab terhadap anak yatim sebelum dia dijatuhkan hukuman pancung oleh saidina Umar kerana membunuh.Dalam politik kita, pengajaran yang boleh di ambil ialah, pemimpin haruslah membela hak dan suara rakyat untuk menegakkan keadilan seperti apa yang telah dilakukan oleh Saidina Umar.Adalah menjadi satu dosa seandainya pemimpin ini tidak menyuarakan hak rakyat,membela nasib mereka dan hanya berdiam diri dan mengaut keuntungan hasil titik peluh rakyat.Sebagai pemimpin, mereka di beri amanah yang besar oleh Allah s.w.t dan balasan berat di akhirat sana nanti seandainya tanggungjawab ini tidak di laksanakan dengan sempurna, adil dan saksama.Bagi memastikan politik kita bersih dari unsur negatif seperti makan gaji buta, berat sebelah, kuku besi dan sebagainya, ahli politik negara haruslah meletakkan pemimpin kita yang sebenar yakni Rasulullah s.a.w sebagai ikutan dan panduan dalam menerajui tunggak utama dalam politik negara.Justeru itu, barulah dapat melahirkan sebuah negara yang bersatu padu dan mengikut parti politik yang sebenar-benarnya di muka bumi ini.Berdasarkan kisah Saidina Umar al- khatab, beliau tidak melakukan tindakan terburu –buru. Beliau memberikan masa dan waktu untuk si pesalah dijatuhkan hukuman pancung iaitu satu hari selepas kejadian, tetapi dengan jaminan oleh Abu Zhar, sahabat Rasulullah s.a.w yang telah menghadiri majlis syura bersama baginda.Abu Zhar merasa begitu sedih apabila tiada sesiapa pun yang memperdulikan rayuan dan permintaan orang yang dalam kesusahan yang merayu – rayu meminta tolong. Baginda berkata, jika Rasulullah s.a.w melihat keadaan ini berlaku, pasti baginda akan merasa sedih kerana baginda tidak mengajar umatnya berlaku tidak belas kasihan sesama sendiri. Hasil daripada kisah ini, pesalah akhirnya tidak dijatuhkan hukuman pancung berkat keikhlasan beliau dan betapa besarnya pengaruh dan teladan yang sering ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dalam kehidupanya sebagai seorang pemimpin, sehingga membuatkan semua manusia berasa insan dan berpegang pada ajar sebenar yang disampaikan oleh baginda.Begitu jualah dengan politik di negara kita, berpeganglah kamu dengan al- Quran dan as- sunnah sesungguhnya kamu tidak akan sesat selamnya dan berada di landasan yang sebenarnya.

Friday 10 June 2016

Tujuan Berniaga & Sifat Peniaga

Terdapat sekurang-kurangnya 12 tujuan berniaga

1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Dalam Perniagaan,kita akan dapat kawan yang akan memberi syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.
3. Mengajar kita bertolak ansur.
4. Mengajar kita melariskan barang – pandai bercakap,pandai menyampaikan.
5. melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hendak marah.Sabar bila orang marah dengan kita.
6. Boleh melahirkan orang yang cerdik,pandai bertindak dan berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
8. Dapat menambah ilmu,wawasan atau general knowledge.
9. Jujur dan amanah.
10. Boleh kita berzakat.
11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf )
12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barang-barang Islam.

Sifat Yang Perlu Pada Seorang Peniaga.


1. Peramah dan mesra dengan orang.
2. Bertolak ansur di dalam berjual beli.
3. Berlapang dada dengan karenah manusia.
4. Bersifat sabar.
5. Menunaikan janji.
6. Cepat melayan orang.
7. Jangan menekan dan memaksa meminta hutang.
8. Jujur dan amanah.
9. Pemurah dan menolong orang.
10. Bersifat benar.
11. Rajin dan cergas.
12. Cermat berbelanja.
13. Berhati-hati membuat sebarang janji atau memberi hutang kepada orang.
14. Menyusun dan meletak barang dengan baik supaya nampak teratur dan tidak mudah rosak.
15. Menjaga barang dan kebersihan.
16. Sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan semasa.
17. Menjual barang dengan harga yang sederhana.
18. Memilih barang-barang jualan yang masih baik.
19. Membiasakan menyimpan wang untuk keperluan yang mendadak dan mendesak.
20. Memperbanyak aset untuk jangka panjang.
21. Merancang projek-projek atau dagangan di masa depan supaya perniagaan sentiasa berkembang dan membesar.
22. Cukup setahun hendaklah mengeluarkan zakat perniagaan

Kebaikan Dalam Perniagaan


1. Kita banyak mendapat kawan,di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat.
2. Boleh memberi khidmat sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung. Mengikut Hadis:
Maksudnya:
Sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.
3. Di dalam perniagaan ada unsur-unsur kerjasama.Bekerjasama, Islam sangat menggalakkan.
Al Quran ada memberitahu yang maksudnya:
Bertolong bantulah di atas kebaikan dan ketaqwaan. (Al Maidah: 2)
4. Di dalam perniagaan ada tolak ansur.Tidak ada tolak ansur, tidak boleh berniaga .Di dalam Islam,bertolak ansur adalah salah satu sifat yang terpuji.
5. Perniagaan boleh memudahkan masyarakat mengurus keperluan hidupnya, terutama di bidang makan minum.Di sini Islam memandang satu kebaikan kerana ada unsur mengutamakan orang lain atau memudahkan orang lain.
6. Di dalam berniaga dapat menyelamatkan barangan keluaran masyarakat Islam. Kalau tidak, barangan itu akan terbuang dan akan timbul pembaziran. Di dalam Islam, pembaziran sangat dilarang,menjauhi pembaziran satu kewajipan.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
Sesungguhnya orang yang membazir saudara-saudara syaitan.(Al Isra: 27)
7. Di dalam perniagaan banyak pengalaman akan diperolehi sama ada di segi pengurusan, mengenal tempat, mengenal barang dan lain-lain lagi.Di dalam Islam mencari ilmu dan pengalaman sangat dituntut.
8. Di dalam mengendalikan perniagaan ada latihan kesabaran.Sifat sabar salah satu daripada sifat mahmudah,bahkan ia sangat diperlukan di dalam kehidupan.Orang yang sabar, pahala yang diberikan kepadanya tanpa hisab.
Firman Allah dalam Al Quran:
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja akan disempurnakan pahala dengan tidak terkira. (Az Zumar:10)
9. Berniaga merupakan salah satu cara memajukan agama, bangsa dan negara. Ia merupakan tanggungjawab khalifah Tuhan(manusia) di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Allah serta dapat menikmati nikmat-nikmatNya agar manusia boleh bersyukur hingga mereka mendapat pahala syukur.
10. Di dalam perniagaan,boleh dapat peluang mengeluarkan zakat, salah satu dari rukun Islam dapat ditunaikan. Dengan itu salah satu sumber saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain dapat diwujudkan.Maka di sini banyak pula golongan terbantu
Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran:
Maksudnya:
Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesame manusia kata-kata yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. (Al Baqarah: 83)
11. Di dalam perniagaan kita dapat membuat latihan berlapang dada berhadapan dengan perintah manusia.Ia sentiasa mencabar emosi kita.Maka kita selalu sahaja menyembunyikan kemarahan kita.Meyembunyikan kemarahan itu adalah disuruh dalam Al Quran.Dalam Al Quran ada menyebutkan meyembunyikan sifat marah itu,ia adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat pekara-pekara yang baik. (Ali Imran: 134)
12.Di dalam perniagaan memerlukan sifat berlapang dada,bertolak ansur,memberi maaf, berlebih kurang,bersimpati. Sifat ini adalah dipuji dan sangat diperlukan dalam pergaulan. Di dalan Hadis ada disebutkan Islam itu adalah as-samahah,agama berlapang dada dan pemaaf.
13. Di dalam perniagaan ada peluang kerja untuk manusia sebagai sumber pencarian. Disini dapat mengelakkan manusia daripada menganggur yang dilarang oleh syariat. Maka dengan sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain sama, ertinya, adanya perniagaan, menjadikan tenaga manusia produktif mengeluarkan hasil untuk faedah manusia yang lain.

KESIMPULAN
Apa yang kita sebutkan di atas tadi jelaslah begitu banyak sekali di dalam perniagaan, syariat Islam itu dapat kita tegakkan. Ertinya beberapa banyak aspek di dalam Islam itu telah dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek syariat dibangunkan maka banyaklah pahals yang kita dapat.
Oleh itu tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur itu dianggap al jihad fisabilillah dan juga munasabahlah kerja mereka itu dianggap kerja yang paling baik dalam Islam kerana kebaikannya terlalu banyak diperolehi oleh masyarakat dari hasil perniagaannya itu.

Wednesday 1 June 2016

Laporan Projek CTU 555

1) OBJEKTIF KAJIAN

UNTUK KENALPASTI KAJIAN :
  • DAPAT MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI
  • DAPAT MENJANA PENDAPATAN SENDIRI
  • DAPAT MENGETAHUI MASALAH YANG DIHADAPI PELAJAR
  • MENGERATKAN SILATURRAHIM DI KALANGAN PELAJAR
  • MENJALINKAN UKHWAH DENGAN PELAJAR BERLAINAN BIDANG



2) KAEDAH KAJIAN

Bagi menyelesaikan masalah yang diselidik, kami membuka peluang dan idea kepada mereka yang ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi. Peluang dan idea yang kami sangat terjamin di kalangan pelajar, kerana kaedah ini sudah dijalankan dan tiada sebarang masalah kecil atau besar yang dihadapi. Ia mampu membantu pelajar yang menjalankan aktiviti ini. Jadi kaedah kami adalah berniaga secara kecil-kecilan. Jenis barang tidaklah menganggu mana-mana situasi kerana barang yang dijual hanya barangan kering dan tiada risiko yang tinggi untuk dielakkan. Ini cara pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi sepanjang semester.

Dibawah adalah gambar perniagaan kecil-kecilan yang telah dijalankan oleh pelajar:


**gambar**




LAMPIRAN SOAL SELIDIK
PENINGKATAN KEYAKINAN DIRI PELAJAR DALAM PERNIAGAAN

OBJEKTIF
Lampiran yang ditulis adalah untuk menjana pendapatan harian mereka yang menghadapi masalah kewangan. Peluang dan idea mampu membantu setiap pelajar yang mahu menjeburkan diri dalam aktiviti ini.

Justeru kami telah menyediakan borang soal selidik pendapatan mingguan untuk membuktikan perniagaan ini mampu membantu pelajar dari segi masalah kewangan.

Antara responden yang  menjadi  perhatian kami  untuk  menjayakan  projek CTU 555 ini adalah dalam kalangan pelajar UITM PUNCAK ALAM. 

Melalui kajian ini, kami juga mengkajikan aktiviti perniagaan mereka. Perniagaan kecil-kecilan dijalankan secara baik dan tanpa gangguan mana-mana pihak.





3) DAPATAN KAJIAN

  • DAPAT MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI
      Pelajar lebih yakin dan berdikari dalam menyelesaikan masalah dengan sendiri tanpa meminjam mana-mana syarikat yang boleh menyebabkan kematian atau hal-hal yang tidak diingini. Selain itu, pelajar tidak harus bekerja sambilan dimana-mana tempat sehingga menganggu waktu belajar. Kes-kes ini sangat serius di kalangan yang mahu kita elakkan. Bermacam-macam kes yang akan berlaku jika pelajar diluar kawasan kolej.

  • DAPAT MENJANA PENDAPATAN SENDIRI
     Pelajar mampu menjana pendapatan sendiri walaupun sedikit. Ini boleh membantu beban yang ditanggung oleh pelajar. Pelajar juga tidak perlu meminta daripada ibubapa untuk pembelajaan harian. 

  • DAPAT MENGETAHUI MASALAH YANG DIHADAPI PELAJAR
      Kami juga sebagai seorang pelajar. Kami memahami apa yang dihadapi pelajar dengan kos yang tinggi pada zaman ini. Maka, kami memberi idea kepada mereka dan juga pada diri sendiri untuk menyelesaikan masalah ini. Kami juga mengerti dengan bidang yang kami belajar ini banyak menggunakan duit untuk membeli alatan projek.
  • MENGERATKAN SILATURRAHIM DI KALANGAN PELAJAR DAN MENJALINKAN UKHWAH DENGAN PELAJAR BERLAINAN BIDANG
     Aktiviti yang kami jalankan mampu mengeratkan silaturrahik setiap semester dan bidang. Perniagaan yang dijalankan menarik perhatian pelbagai bidang atau peringkat semester. Jadi, aktiviti yang dijalankan juga mampu menjalinkan ukhwah kami di kalangan orang islam dan bukan islam (sabah dan sarawak).






4) RUMUSAN

Berniaga bukan semata-mata dengan tujuan mencari untung, kerana di dalam perniagaan tidak sentiasa mendapat untung. Di dalam perniagaan sering sering sahaja mendapat kerugian.
Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendak memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.
Firman Allah SWT :
Maksudnya :
Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat;mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan pemandangan di waktu itu. (An Nur: 37)

Friday 27 May 2016

Refleksi Mingguan Bab 8 (Ilham Farhana)

Apa yang dapat saya pelajari dari bab ini adalah, Islam dan keharmonian hubungan etnik bukan menjadi halangan untuk manusia berbaik – baik, bekerjasama dan saling membantu antara satu dengan yang lain.Islam melarang perbuatan al- zan iaitu bersangka buruk, mengintip dan mencari kesalahan dan keaiban orang lain( al- tajassus) serta menguntup ( al- ghibah) tetapi menerapkan Ta’aruf saling memahami yang mencukupi proses perkenalan dua hala yang erat dan mendalam. Antara prinsip –prinsip islam berkaitan dengan nilai –nilai kemanusiaan ialah Prinsip Al –‘IIm bermaksud ilmu iaitu sesuatu yang boleh mengangkat martabat manusia.Selain itu,al-syura( perbincangan menjadi nilai kemanusiaan utama dalam agama islam.Al- adalah( mementingkan keadilan kepada umat manusia), al- hurriyyah( kebebasan iaitu kebebasan untuk memilih, melakukan sesuatu perkara mengikut undang –undang yang ditetapkan),al- musawah (sama rata) dan al – mas’uliyah bermaksud tanggungjawab. Antara asas –asas hubungan etnik menurut islam pula adalah

Al –Ta’aruf iaitu berkenal – kenalan.
Al –tafahum bermaksud saling memahami antara satu sama lain
Al – Ta’awun wujudnya kerjasama,tolong – menolong dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Al –Tadhamun iaitu sentiasa bersedia untuk saling melindungi antara satu sama lain.Ia berkesan apabila melibatkan tiga peringkat utama iaitu individu,keluarga dan masyarakat.
Al –ukhuwwah bermaksud persaudaraan dan 
Al – Mahabbah iaitu berkasih sayang. 

Maka, setelah saya mempelajari tajuk ini , saya berazam untuk mengaplikasikan asas-asas dari hubungan sosial ini kerana kesannya dapat mengekalkan hubungan baik dalam masyarakat sama ada masyarakt majmuk atau tidak.Antara amalan –amalan tersebut ialah kemesraan komunikasi,budaya ziarah menziarahi, mengambil berat, hormat menghormati, menjaga hak –hak jiran dan bersama dalam membuat keputusan. Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik ini dapat menjaga agama,jiwa,akal, harta dan keturunan yang baik.

Refleksi mingguan bab 8 (Shameeza Najihah)

Dalam bab 8 ini apa yang dapat saya pelajari ialah asas hubungan etnik iaitu ada enam perkara asas, berkenal-kenalan, faham-memahami, bekerjasama, persaudaraan, berkasih sayang dan jamin-menjamin. Berkena-kenalan iaitu Al-Taaruf ialah berkenalan secara mendalam yang boleh manimbulkan kasih sayang. Seterusnya ialah Al-Tafahum iaitu faham-memahami konsep agama masing-masing dan menghormatunya, Al-Taawun pula ialah tolong-menolong yang bukanya hanya dalam kalangan sesama agama, malah tidak mengira agama. Selain itu ialah Ukhuwah iaitu manusia hidup dalam masyarakat yang saling cintai-mencintai sehingga wujud persaudaraan dan yang terakhirnya ialah Al-Mahabbah, berkasih sayang yang bersih hatinya dari perasaan negative dan hasad dengki yang boleh menyebabkan permusuhan.

Refleksi mingguan bab 8 (sharifah nur jalilah)

Dalam bab 8 iaitu islam dan hubungan etnik, apa yang saya dapat belajar dalam bab ini ialah islam tidak mempersoalkan perbezaan etnik, kerana ia bukan menjadi penhalang untuk manusia berbaik-baik, bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Namun, islam melihat kepelbagaian etnik dengan pandangan yang positif untuk berkenal-kenalan dan bantu membantu dalam perkara kebaikkan. Seperti yang digariskan dalam ayat Al-Hujurat ayat 12-13 “wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain”. Konsep asas hubungan etnik dalam islam terdiri daripada berkenal-kenalan (al-taaruf), faham memahami (al-tafahum), saling bekerjasama (al-taawun), persaudaraan (ukhuwah), berkasih sayang (al-mahabbah), dan akhir sekali jamin menjamin (al-tadhamun). Terdapat 6 prinsip islam berkaitan dengan nilai kemanusiaan iaitu al-ilm, al-syura, al-adalah, al-hurriyah, al-musawwah, dan al-masuliyyah. Dalam bab ini juga, saya dapat mengetahui dan mengaplikasi nilai-nilai kemanusiaan dalam merapatkan hubungan antara kaum di Malaysia.

Thursday 26 May 2016

Refleksi Mingguan Bab 7 (Ilham Farhana)

Berdasarkan tajuk ini, apa yang saya perolehi ialah memahami maksud dan konsep survival melayu & bumiputera iaitu mengekalkan kesinambungan orang melayu dan Bumiputera untuk terus hidup atau wujud.Ia perlu terus terjamin mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia dan ianya tidak boleh di pertikaikan oleh orang - orang bukan melayu. Tetapi di dalam bab ini juga saya telah mempelajari tentang survival seseorang Melayu itu bagaimana sesorang individu Melayu itu perlu buat untuk menjadi orang Melayu yang sentiasa maju seiring dengan mereka yang berbangsa lain. Hal ini bergantung kepada sikap setiap individu tersebut. Maka, saya berazam untuk memperbaiki sikap saya untuk menjadi lebih aktif, kreatif dan sentiasa bersemangat untuk memajukan diri berlandaskan syariat agama supaya saya dapat menjadi orang Melayu yang berjaya di dunia dan akhirat.

Refleksi mingguan bab 7 (Shameeza Najihah)

Dalam bab 7 iaitu strategi survival melayu dan bumiputera, saya belajar apakah yang dimaksudkan dengan survival melayu dan konsep survival melayu dan bumiputera. Survival melayu dan bumiputera bermaksud mengekalkan kesinambungan orang melayu dan bumiputera untuk terus hidup. Konsep survival melayu dan bumiputera bermaksud satu usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan dan kewujudan orang melayu dan bumiputera terus terjamin mengikut peruntukkan dalam perlembagaan Malaysia. Terdapat beberapa cabaran dalam hubungan etnik di Malaysia. Iaitu cabaran dari sudut politik, ekonomi, social, dan agama & budaya. Saya juga belajar factor kejayaan pembinaan masyarakat Malaysia iaitu terdiri daripada keazaman politik, golongan sasaran yang dikenalpasti, kekukuhan ekonomi, peranan islam, wawasan yang dikongsi, dan penggunaan sains dan teknologi.

Refleksi mingguan bab 7 (Sharifah nur jalilah)

Dalam bab 7 saya telah belajar mengenai strategi survival melayu dan bumiputera. Survival ialah mengekalkan kesinambungan untuk hidup atau wujud. Terdapat beberapa kerajaan menjamin survival melayu iaitu dari segi politik, pendidikan, ekonomi, dan social dan budaya. Dari segi politik melayu berpolitik apabila inggeris perkenal Malayan Union. Dari segi pendidikan, Dato Onn Jaafar Berjaya memujuk orang-orang melayu supaya terima jus soli dengan syarat Inggeris menjamin nasib orang melayu. Dari segi ekonomi pula, dengan membasmi kemiskinan terutama orang melayu dan bumiputera. Melayu lebih miskin berbanding Cina dan India. Kerajaan perlu lah mengambil inisiatif mengubah nasib orang melayu. Akhir sekali, dari segi sosial dan budaya iaitu berperanan menjamin nilai-nilai sosial agar budaya terus kekal. Salah satunya mengamalkan dan menerapkan islam yang syumul supaya berpegang pada syariah islam. Terdapat tiga prinsip pembentukan kebudayaan kebangsaan seperti berteraskan pada kebudayaan asal rakyat, unsur-unsur kebudayaan lain yang boleh diterima, dan islam menjadi unsur penting.

Thursday 19 May 2016

Refleksi Mingguan Bab 6 (Ilham Farhana)

Apa yang saya dapat pelajari dari bab 6 iaitu hubungan etnik ke arah intgerasi ialah, saya belajar apa yang dimaksudkan dengan integrasi dan kemudian bagaimana perubahan segregasi kearah integrasi dalam hubungan etnik di Malaysia. Segregasi merujuk kepada pemisahan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah Negara. Pemisahan boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, jenis pekerjaan, system persekolah dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Di Malaysia, segregasi telah pun berlaku sejak kedatangan penjajah ke tanah melayu. Yang mana british telah memperkenalkan system pecah dan perintah di tanah melayu. Namun, selepas merdeka, Malaysia lebih mengutamakan integrasi dalam usaha memupuk perpaduan rakyat di Negara ini. Integrasi ialah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri social yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik. Dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia, terdapat beberapa cabaran dalam memupuk integrasi di Malaysia, seperti faktor prasangka, perkauman, diskriminasi, sterotaip, rasisme, dan etnosentrisme. Kerajaan telah mengenalkan beberapa dasar dalam mengukuhkan integrasi kaum di Malaysia contohnya, rukun Negara, Wawasan 2020, Dasar Ekonomi Baru, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan, PLKN, dan Gagasan 1 Malaysia. Dalam bab ini ia menggariskan betapa pentingnya integrasi dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia. Kita sebagai masyarakat yang hidup dalam berbilang bangsa dan agama haruslah sentiasa bersatu padu dalam mengukuhkan integrasi di negara kita. Maka saya berazam untuk sentiasa berperilaku baik dan menghormati masyarakat yang berlainan bangsa dan agama.

Refleksi Mingguan bab 6 (sharifah nur jalilah)

Apa yang saya dapat pelajari dari bab 6 iaitu hubungan etnik ke arah intgerasi ialah, saya belajar apa yang dimaksudkan dengan integrasi dan kemudian bagaimana perubahan segregasi kearah integrasi dalam hubungan etnik di Malaysia. Segregasi merujuk kepada pemisahan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah Negara. Pemisahan boleh berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, jenis pekerjaan, system persekolah dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Di Malaysia, segregasi telah pun berlaku sejak kedatangan penjajah ke tanah melayu. Yang mana british telah memperkenalkan system pecah dan perintah di tanah melayu. Namun, selepas merdeka, Malaysia lebih mengutamakan integrasi dalam usaha memupuk perpaduan rakyat di Negara ini. Integrasi ialah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri social yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik. Dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia, terdapat beberapa cabaran dalam memupuk integrasi di Malaysia, seperti factor prasangka, perkauman, diskriminasi, sterotaip, rasisme, dan etnosentrisme. Kerajaan telah mengenalakan beberapa dasar dalam mengukuhkan integrasi kaum di Malaysia contohnya, rukun Negara, wawasan 2020, dasar ekonomi baru, jabatan perpaduan Negara dan integrasi nasional, dasar pendidikan kebangsaan, plkn, dan gagasan 1 malaysia. Dalam bab ini ia menggariskan betapa pentingnya integrasi dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia. Kita sebagai masyarakat yang hidup dalam berbilang bangsa dan agama haruslah sentiasa bersatu padu dalam mengukuhkan integrasi di Negara kita.

Refleksi Mingguan bab 6 (Shameeza Najihah)

Apa yang telah saya pelajari dalam bab 6 ini ialah peranan kerjaan dalam memupuk intergrasi. Pertama sekali intergrasi bermaksud satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik. Cabaran dalam memupuk integrasi di Malaysia ialah, konflik yang berlaku dalam kumpulan masyarakat, taraf pendidikan yang berbeza, isu kemiskinan dan banyak lagi. Antara usaha kerjaan dalam memupuk intergrasi ialah dengan pengubalan dasar ekonomi baru (DEB) yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat luar bandar dan bandar. Keduanya ialah mengubah dasar pendidikan kebangsaan antaranya ialah penggunaan satu bahasa penghatar ialaitu Bahasa Malayu.

Thursday 12 May 2016

Refleksi Mingguan Bab 5 (Ilham Farhana)

Pembangunan Politik adalah suatu proses perubahan atau transformasi secara berencana yang melibatkan perubahan dalam tadbir urus negara dari lama kepada yang baru dan terkini.Matlamat pembangunan Politik adalah untuk pembinaan negara bangsa dan perubahan struktur dan budaya politik dari cara tradisional kepada terkini dan moden.Proses pembangunan politik melibatkan Parti- parti politik, Majlis perwakilan rakyat atau parlimen, perlembagaan negara dan Pilihan raya.Proses pembangunan politik diukur berdasarkan kerjasama pelbagai etnik mewujudkan perpaduan,keharmonian, pembangunan dan kemakmuran negara. Hubungan etnik selepas penubuhan Malaysia mewujudkan perpaduan dan integrasi etnik berjaya dalam bidang politik di mana ia dapat membawa semua etnik utama ke dalam proses politik dan pentadbiran.Namun, kejayaan dalam bidang politik ini tidak dapat diterjemahkan kepada bidang lain terutama dari segi masyarakat dan ekonomi. Seterusnya, pendekatan Islam dalam pembangunan Politik terbahagi kepada tiga asas yang utama iaitu Akidah, Syariah, dan akhlak yang mana bersumberkan politik Islam yakni al-Sunnah, Ijma’, Al- Quran dan Qias. Sistem politik Islam atau pemerintahan Islam adalah kesinambungan daripada tugas Rasulullah S.A.W sebagai ketua negara Islam. Manakala,tugas Rasulullah yang pertama adalah sebagai Nabi dan Rasul yang tidak akan ada penganti sehingga ke hari kiamat.
Maka setelah saya mempelajari tentang pembangunan politik ini, saya berazam untuk menambah ilmu tentang politik dan Islam kerana kedua-duanya sangat saling bergantungan antara satu sama lain. 

Pembentangan Bab 5: Politik

Soalan CTU Bab 5




Refleksi Mingguan Bab 5 (Shameeza Najihah)

Dalam bab 5, saya telah belajar mengenai pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Matlamat modenisasi politik Malaysia ialah Pembinaan Negara Bangsa. Kepentingan pembinaan negara bangsa ialah modenisasi ekonomi memerlukan masyarakat nasional yang stabil dan berintegrasi dengan baik. Ukuran pencapaian terbahagi kepada dua iaitu kualitatif dan kuantitatif. Terdapat empat unsur Negara Bangsa seperti wilayah, sempadan, pemerintahan berdaulat tidak perlu campur tangan luar, dan rakyat mempunyai identity yang sama. Dalam indicator demokrasi terdapat parti politik iaitu makin banyak parti politik makin banyak demokrasi. Selain itu, setakat mana majlis perwakilan rakyat di parlimen atau majlis perundangan negeri.Tambahan lagi, terdapat juga perlembagaan negara dan pilihan raya dalam indicator demokrasi. Budaya politik zaman beraja dahulu sangat pasif. Politik menurut islam berasal dari perkataan siasah. Adalah wajib mengambil tahu pengurusan negara. Imam Al-Ghazali ada mengatakan bahawa agama dan politik adalah saudara kembar. Agama adalah asas, jika tiada asas maka sistem masyarakat akan collapse. Poliik adalah menjaga, jika tiada menjaga maka akan hilang. Politik adalah alat dan agama adalah matlamat. Syarat-syarat pemimpin ialah adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya), mempunyai ilmu, dan kemampuan memerintah. Asas politik islam ialah Al-Quran, Sunnah, Ijma’, dan Qias. Unsur utama politik islam pula ialah niat, tadaruj, an ‘uruf (ikut keadaan budaya).

Refleksi Mingguan bab 5 (Sharifah Nur Jalilah)

Dalam bab 5 ini apa yang saya dapat ialah pro dan cons tentang negara bangsa. Pro kepada negara bangsa ialah manusia bersatu padu tidak mengira bangsa dan cons kepada negara bangsa ialah meruntuhkan semangat kemanusian sejagat iaitu tidak bersatu dengan negara lain. Apa yang dapat saya pelajari lagi ialah cara untuk mengukur tahap sesuatu negara itu bagus ataupun tidak, iaitu dengan cara, jika negara itu berada dalam keadaan yang bagus, kekerapan conflictnya akan berkurangan, pilihan raya juga tidak akan kerap berlaku. Jika negara itu belum berada dalam keadaan yang bagus akan berlaku sebaliknya seperti kekerapan pilihan raya.

Thursday 28 April 2016

Refleksi Mingguan Bab 4 (Ilham Farhana)

Berdasarkan tajuk ini, saya belajar untuk membezakan konsep pembangunan dari perspektif islam dan barat.Seterusnya pemodenan iaitu proses perubahan dalam aspek kehidupan melaui proses perencanaan,pelaksanaan dan penilaian dan pembaratan iaitu satu proses peniruan gaya hidup Eropah barat yang tidak disertai d engan usaha perubahan scara berencana.Memahami pembangunan ekonomi di Malaysia sebelum dan selepas Merdeka.Sebelum merdeka, barat menjalankan dasar imperialisme terhadap negara- negara yang mempunyai kepentingan ekonomi kepada mereka seperti bahan mentah, tenaga buruh dan pasaran bagi produk perindustrian mereka.Dasar Pecah Perintah dari segi penempatan menyebabkan bukan melayu dapat melibatkan diri secara langsung manakala melayu kekal di luar bandar. Jurang ekonomi melayu dan bukan melayu semakin meluas. Selepas kemerdekaan, Rancangan pembangunan ekonomi dirangka tahun 1950 tetapi mengikut acuan British.Dua rancangan awal iaitu Draf Rancangan Pembangunan (1950 -1955) bertujuan untuk memperbaiki kedudukn ekonomi barat yang musnah akibat perang dunia II dan Rancangan Pembangunan Lima tahun Malaya Pertama (1956-1960) .Rancangan Pembangunan Lima tahun Malaya Pertama (1961-1965) untuk membangunkan infrastruktur ekonomi di Malaya.Pertengahan 1960-an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import ke eksport.Menjelang 2000 –an, Malaysia mula menfokeskan kepada K-ekonomi iaitu berasaskan teknologi maju dan dasar penswastaan serta pembukaan kawasan perusahaan baharu.Seterusnya RMK 6, 8 ,9 ,10 dan RMK 11.
Maka, apabila saya mempelajari bab ini, saya dapat melihat perbezaan orang melayu dan bukan melayu. Dekad demi dekad, tahun demi tahun, ekonomi orang melayu semakin mundur. Hal ini berkait dengan sikap kita sendiri sebagai orang Melayu. Jadi, saya berazam untuk membetulkan segala perilaku dan sikap saya supaya dapat menjadi salah seorang yang boleh mengawal ekonomi diri sendiri sebaga seorang Melayu.

Refleksi mingguan Bab 4 (Shameeza Najihah)

Dalam bab 4 saya belajar mengenai konsep modenisasi, proses pembangunan ekonomi di Malaysia sebelum dan selepas merdeka, rancangan pembangunan ekonomi Malaysia yang meliputi RMK1-RMK9 dan juga dasar-dasar kerajaan, serta mempelajari konsep pembangunan dari segi perspektif islam dan barat. Modenisasi ialah satu proses transformasi dalam segala aspek kehidupan masyarakat telah dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuhi oleh semua bangsa dan Negara. Dari segi pembangunan ekonomi sebelum merdeka, masyrakat di tanah melayu hanya menjalankan ekonomi sara diri, selepas kedatangan british, mereka telah memperkenalkan ekonomi komersial, yang mana ekonomi ini lebih menguntungkan kepada mereka. Dan apabila penjajah datang ke tanah melayu, berlakulah perpecahan antara kaum dan sector ekonomi yang dipegang oleh setiap etnik. Apa yang saya belajar, kedatangan british telah membawa perpecahan dikalangan penduduk di tanah melayu.

Refleksi Mingguan bab 4 (sharifah nur jalilah)

Dalam bab 4 ini apa yang dapat saya pelajari ialah dari perspektif islam dan barat, islam melihat modenisasi sebagai pembangunan modal insan yang mencakupi aspek pembangunan rohani, spiritual dan material. Manakala dari aspek barat pula ialah proses tranformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Dalam bab 4 ini juga saya pelajari dasar-dasar ekonomi baru yang matlamat dan tujuan nya ialah untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi, membasmi kemiskinan dan mewujudkan peluang pekerjaan dan lain-lain lagi. Manakala dari konsep ekonomi islam pula ialah menekankan tiga perkara utama dalam kegiatan ekonomi, pertamanya islam menghalalkan cara aktiviti ekonomi yang baik, seperti jujur, amanah dan bertanggungjawab. Keduanya ialah islam mengharamkan segala aktiviti yang melibatkan barangan yang merosakan akal, badan, nyawa, fizikal dan lain-lain lagi dan yang terakhirnya ialah islam menuntut supaya manusia membelanjakan harta ke jalan ALLAH s.w.t.

Friday 15 April 2016

5 Jawatan Tertinggi Di Malaysia Yang Wajib Disandang Oleh Orang Islam

Antara jawatan tertinggi di Malaysia yang wajib disandang oleh orang Islam ialah;

1. Sultan
2. Mufti
3. Hakim
4. Kadi
5. Pengutip zakat


Refleksi mingguan bab 3 (Shameeza Najihah)

Dalam Bab 3, saya telah belajar isu hubungan etnik dan perlembangaan. Iaitu, Perkara 3: Islam adalah agama persekutuan, Perkara 8: Kesamarataan & hak sama rata, Perkara 10(4): Batasan hak kebebesan bersuara, Perkara 11: Kebebasan beragama, Perkara 14: Peruntukan kewarganegaraan, Perkara 38: Kuasa majlis raja-raja dan Perkara 89: Tanah rezab melayu.
apa yang saya nak gariskan disini ialah rasional perkara 3 iaitu walaupun islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi kebebsan beragama dijamin dalam perlembagaan, islam diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesuktanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan inggeris. Kedudukan agama islam tidak langsung di ganggu malah urusan agama islam di uruskan oleh raja-raja melayu. Sesuai dengan takrif Melayu, perkara 160 mendefinasikan melayu sebagai seorang yang beragama islam, lazimnya bertutur dalam bahasa melayu dan mengamalkan adat melayu. Saya juga belajar mengenai unsur-unsur tradisi yang meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang melayu, dan bumiputera sabah dan Sarawak, dan akhir sekali unsur tradisi mengenai pemerintahan beraja.

Refleksi Mingguan Bab 3 (Ilham Farhana)

Berdasarkan tajuk ini, saya belajar untuk memahami dan mengetahui definisi perlembagaan iaitu satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, juga antara autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.Ia berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang – undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis yang mana merupakan perlembagaan yang di kumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen.Ia sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang dibenarkan.Manakala, perlembagaan tidak bertulis adalah semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang – undang yang diluluskan parlimen dan keputusan mahkamah. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, Ketua Negara adalah YDPA. Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri yang mana akan mengetuai Kabinet sebagai Badan Pemerintahan Tertinggi.Perundangan diperingkat pusat terdiri 2 dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Setiap negeri mempunyai sebuah dewan Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihanraya 4 tahun sekali.Perlembagaan mempunyai 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual.
Selepas jepun menyerah kalah, British datang semula ke Tanah Melayu, Parlimen British telah meluluskan Malayan Union pada 10 oktober 1945.MU seterusnya ditubuhkan pada 1 April 1946 di King’s House selepas Perang Dunia II bertujuan untuk melemahkan kuasa orang melayu terutamanya Raja –raja Melayu. Ciri – ciri MU adalah semua negeri melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabeor. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan seterusnya kedaulatan raja –raja melayu dihapuskan.Kemudian hak kerakyatan yang sama( jus soli) tanpa mengira bangsa dan keturunan.Pada 1 April 1946 Sir Edward Gent menjadi gabenor pertama. Tetapi orang melayu memulaukan pengistiharan itu akhirnya MU ditukarkan kepada Persekutuan Tanah Melayu kerana British sedar tanpa sokongan orang melayu, MU akan gagal.Kontrak Sosial 1948 merupakan satu persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina dan India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah naugan Inggeris.Perkara dalam kontrak sosial 1948, Melayu ( islam adalah agama persekutuan, kedudukan raja –raja melayu tidak boleh dipersoalkan, hak keistimewaan melayu, seterusnya bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bukan melayu hak kewarganegaraan mereka berdasarkan Prinsip Jus Soli(warganegara berdasarkan tempat lahir). Pada Januari 1956, Rombongan 8 wakil ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman bertujuan untuk berunding dengan pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaan. Seterusnya perjanjian London ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan hasilnya British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu Pada 31 Ogos 1957. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu SURUHANJAYA REID. Surunjaya ini telah membuat tinjauan dan pertemuan untuk meminta cadangan dan pandangan pari –parti politik orang ramai,individu dan Raja –raja Melayu dan inilah yang dipanggil Kontrak Sosial. Peruntukan untuk agama Isalm dan orang melayu meliputi:

Perkara-3 Islam sebagai agama rasmi.
Perkara-8 Persamaan hak dan sama rata dan pengecualian dalam soal agama,kedudukan orang –orang melayu.
Perkara-10(4) batasan hak kebebasan bersuara dari menyentuh kedudukan raja –raja melayu.
Perkara-11 kebebasan beragama, Perkara-14 kewarganegaraan,Perkara-89 Tanah Rezab Melayu.
Perkara-38 Kuasa Majlis Raja –Raja Melayu. 
Perkara 150 (6a)- Kedudukan agama Islam, adat melayu dan bumiputera dan kewarganegaraan.
Perkara-152 Bahasa Melayu bahasa kebangsaan. 
Perkara-153 Kedudukan Istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah & Sarawak.

Perlembagaan Islam ialah Piagam Madinah iaitu Perlembagaan bertulis pertama di dunia bertujuan untuk dijadikan panduan untuk membentukkan sebuah negara Islam yang berdaulat.Mempunyai 47 Fasal yang merangkumi 2 bahagian .Bahagian Pertama, 23 fasal yang menyentuh hubungan & tanggungjawab orang islam sesama islam.Bahagian kedua pula mengandungii 24 fasal membabitkan Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah.Ia terlahir hasil dari wahyu Allah s.w.t yang merupakan sumber utama undang –undang negara.

Maka, setelah saya mempelajari tajuk ini, saya tahu bahawa di negara kita Perlembagaan adalah yang  teratas tetapi kite mestilah sedar dan ingat bahawa undang-undang Allah itulah yang paling teratas yang mana jika kita ikut kita akan selamat di dunia dan akhirat tetapi jika kita melanggarnya kita akan mendapat yang sebaliknya. Walaupun di dunia ini kadang-kadang keadilan tidak memihak kepada kita tetapi kita harus ingat bahawa kita ada Allah untuk mengadili kita di 'mahkamah akhirat' kelak.

Refleksi Mingguan Bab 3 (Sharifah Nur Jalilah)

Dalam bab 3, ia mengetengahkan mengenai perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik. Konsep perlembagaan ia menyentuh mengenai isu bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan yang menjadi factor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh di Malaysia. Perlembagaan boleh didefinisi sebagai satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan diantara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Hak yang digariskan disini ialah hak antara bumiputera dan non bumiputera di Malaysia. Kuasa pula ialah kuasa yang di pertuan agong, menteri, polis dan lain-lain lagi dalam mentadbir Negara supaya berada di dalam keadaan aman dan harmoni sentiasa.

Thursday 14 April 2016

Ciri-ciri Malayan Union



1. Mengubah status Tanah Melayu dari negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota.

2. Pentadbiran bersifat kesatuan.

3. Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua buah Negeri Selat iaitu negeri Pulau Pinang dan Melaka digabungkan

4. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.

5. Diketuai gabenor British

6. Gabenor dilantik oleh Raja England.

7. Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli.

8. Raja jadi ahli Majlis Melayu -bincang soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

9 Pesuruhanjaya Negeri bagi setiap negeri

10. Parlimen British – pemutus undang-undang.

Friday 8 April 2016

Isi Kandungan Piagam Atlantik

Apakah isi kandungan Piagam Atlantik (Atlantik Charter)?

Isi kandungan Piagam Atlantik adalah seperti berikut;

1. tidak boleh ada perluasan daerah jika tidak dengan kemauan penduduk asli setempat
2. segala bangsa berhak menentukan bentuk dan corak negaranya sendiri
3. semua negara diperkenankan ikut serta dalam perdagangan internasional
4. membentuk perdamaian dunia setiap bangsa dapat hidup bebas dari rasa takut dan kekurangan karena saling membantu
5. menolak jalan kekerasan dalam menyelesaikanpertikaian internasional, kecuali untuk kepentingan umumdalam pertemuan di Washington tanggal 1 januari 1942, 26 negara yang hadir menyetujui program dan tujuan yang terdapat dalam Piagam Atlantik. Ke dua puluh enam negara menandatangani Declaration of the United Nations.

Salinan draf akhir Piagam Atlantik yang disunting milik Winston Churchill.
Sumber: Wikipidia Melayu

Salinan bercetak Piagam Atlantik yang diedarkan sebagai propaganda.

Refleksi mingguan bab 2 (Shameeza Najihah )

Dalam bab 2, apa yang telah saya pelajari ialah mengenai plurality masyarakat melayu dalam sejarah. Plulirism ialah ideology yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. Ciri-ciri majmuk ialah pluraliti, pluralistik, dan pluraliti baru. Pluralistik sewaktu zaman penjajah ialah secara paksaan, kepentingan ekonomi dan politik inggeris, tidak lupa negara asal, dan tidak disertai keluarga. Pluraliti iaitu semulajadi atau sukarela, mencari kehidupan dan kekayaan, disertai keluarga, dan menjamin ketenangan pemikiran dan perasaan. Raja mudah terima islam sebab raja ada perasaan ingin bertuhan. Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan bebas (pelabuhan), pusat penyebaran ilmu pengetahuan, dan pusat penyebaran agama islam. Faktor Melaka menjadi pusat plurality masyarakat ialah sultan Melaka yang berwawasan dan berwibawa, sistem pentadbiran Melaka yang cekap dibantu oleh bendahara, dasar pelabuhan dan perdagangan bebas, pemelukan islam oleh raja Melaka, dan sultan Melaka yang cintakan ilmu pengetahuan. Masyarakat Pluralistik pasca merdeka terdapat dari segi politik, perlembagaan, pendidikan, dan ekonomi.

Refleksi Mingguan Bab 2 (Sharifah Nur Jalilah)

Dalam bab 2, saya telah belajar mengenai pluraliti serta perbezaan antara pluraliti dan pluralistik. Pluraliti terbahagi kepada 3 fasa iaitu pluraliti sebelum kerajaan Melayu Melaka, pluraliti zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dan pluraliti zaman penjajah, Manakala, masyarakat pluralistik di Malaysia terbahagi kepada pra merdeka dan pasca merdeka. Apa yang dapat saya pelajari dari pluraliti ialah bagaiman saya dapat membentuk dan berinteraksi dengan masyarakat bukan bumiputera walaupun berbeza agama dan budaya. Saya juga mendapati bahawa asas kepada pembentukan hidup bermasyarakat di negara yang bebilang kaum di Malaysia adalah bermula dari perkenalan konsep pluraliti dalam pembentukan perpaduan dalam negara.

Refleksi Mingguan Bab 2 (Ilham Farhana)

Berdasarkan topik dua ini, menceritakan pluraliti sebelum kerajaan melayu melaka dan ia bermula secara semulajadi tanpa paksaan. Mempunyai tiga matlamat iaitu Gospel, Gold and Glory.Tujuan datang ke sini untuk mencari kesenangan hidup atau kekayaan dari tempat selain tempat asal mereka.Sebagai kesannya, wujud unsur asimilasi yan mana mereka berkahwin dengan penduduk tempatan serta mengamalkan budaya seperti wujudnya kumpulan Baba & Nyonya.Adat resam juga di guna pakai seperti adat bersanding, bunga mangga, yang diambil dalam perkahwinan budaya Hindu ( orang india). Wujud sistem sosial seperti kelas –kelas dalam masyarkat contohnya raja, bangsawan dan rakyat bawahan.Selain itu, wujud susun lapis perlantikan pegawai kerajaan seperti pembesar keempat,berlapan,enam belas dan orang besar tiga puluh empat oleh astrologi Hindu. Kedatangan Islam melaui pedagang arab banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat tempatan seperti nama,ilmu pengetahuan, contoh ilmu falsafah, teologi( ketuhanan), tasawuf dan lain lagi.Dua konsep utama ciri- ciri masyarakat Asia Tenggara iaitu Pluraliti & Pluralistik.Perbezaan di antara Pluraliti ialah bercirikan semulajadi, tanpa paksaan dan fleksible.Sukarela mencari kehidupan dan kekayaan di sertai oleh ahli keluarga.Ia juga menjamin ketenangan pemikiran dan perasaan. Manakala Pluralisitk bercirikan pemaksaan dan perbezaan.Demi kepentingan politik dan ekonomi Inggeris.Tidak disertai keluarga bahkan mereka tidak pernah melupakan negara asal.Kesan daripada itu, Pluraliti mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem. Mereka sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan dan mengamalkan budaya seharian orang melayu.Amal dan adat resam pendatang juga diterima oleh mereka. Berbeza pula dengan Pluralistik, mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem.Mereka telah mewujudkan kelompok masyarakat dengan sistem tersendiri.Mereka terasing dengan kelompok lain walaupun di tempat yang sama lastas gagal mengenali antara satu sama lain.Mengetahui perngertian Imperialisme dan kolonialisme. Imperialisme adalah meeka menjajah secara fizikal, kekayaan muka bumi seperti bijih timah, dan emas diambil demi kepentingan mereka sendiri.Mereka telah membawa masuk buruh dari china, india bagi mengusahakan lombong dan ladang getah. Mnakala, kolonialisme pula adalah menjajah secara fizikal dan mental.Memperkenalkan sistem sosial, politik dan agama mereka kepada penduduk tempatan.

Maka setelah saya mempelajari bab ini, saya berazam untuk mempelajari dengan lebih lanjut lagi tentang sejarah Melayu kerana orang Melayu sebenarnya adalah masyarakat yang hebat sebelum kedatangan penjajah-penjajah yang menjajah negara kita dan juga mentaliti kita.

Thursday 24 March 2016

Empat Ciri-ciri Budaya

Antara ciri-ciri budaya adalah:

1. Boleh dipelajari
2. Boleh dikongsi bersama
3. Bersifat universal
4. Boleh diwarisi
5. Bersifat dinamis
6. Mempunyai unsur simbolik
7. Terdapat pandangan semesta (world view)

Wednesday 23 March 2016

Kefahaman Terhadap Lima Alam

Bagaimanakah kefahaman terhadap lima alam dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni walaupun berbeza?

Pertamanya, kefahaman tentang alam roh, iaitu pada alam ini terjadinya Perjanjian Asali antara Allah dan roh-roh manusia. Pada alam ini, semua roh telah bersama-sama bersaksi bahawa Allah adalah Tuhan dan sememangnya roh diciptakan dalam keadaan yang mulia dan secara fitrahnya roh itu menyukai kebaikan. Jika kita tahu dan sedar hakikat ini, semestinya kita akan sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan supaya dunia ini sentiasa aman dan harmoni walaupun terdapat masyarakat yang berbeza-beza.

Kedua, kefahaman terhadap alam rahim. Pada alam ini kita telah diciptakan secara fizikalnya dan ditiupkan roh ke dalam jasad fizikal kita. Antara perkara yang telah ditentukan oleh Allah kepada kita pada alam ini ialah, jodoh, rezeki dan ajal maut. Kita haruslah sedar tentang hakikat ini bahawa Allah lah yang berkuasa dalam proses penciptaan manusia. Oleh itu, kita tidak boleh menyakiti orang lain kerana mereka juga adalah ciptaan Allah sama sahaja seperti kita.

Ketiga, kefahaman tentang alam dunia. Pada alam ini, manusia sentiasa diuji dan sentiasa penuh dengan pilihan. Pilihan sama ada untuk patuh kepada Allah ataupun tidak, pilihan untuk mengikuti kebaikan atau sebaliknya dan sebagainya. Kita sebagai manusia haruslah menyedari bahawa alam dunia ini adalah bersifat sementara dan amalan kitalah yang akan menentukan keadaan kita di alam barzakh dan pengakhiran kita di alam akhirat. Jika kita sentiasa menyedari hakikat ini, kita akan sentiasa berwaspada akan tindakan kita kepada sesama manusia supaya wujudnya masyarakat harmoni.

Keempat, kefahaman tentang alam kubur. Pada alam ini, keadaan kita akan diukur melalui amalan kita pada alam dunia. Malaikat Mungkar dan Nakir akan bertanyakan kepada kita dan amalan kita serta tubuh badan kitalah yang akan menentukan kita akan selamat di alam kubur ataupun sebaliknya. Kita mestilah menyedari tentang hakikat alam kubur ini supaya kita sentiasa takut untuk berbuat kejahatan dalam masyarakat kita supaya kita akan menjadi contoh kepada masyarakat dan seterusnya masyarakat yang terbentu adalah masyarakat yang harmoni.

Akhir sekali adalah kefahaman tentang alam akhirat. Pada alam ini, segala amalan kita akan dihisab walaupun sekecil zarah. Melalui amalan yang dihisab itu, kita akan ditentukan ke mana hala tuju terakhir kita adakah di syurga ataupun di neraka. Jika kita tahu dan sedar akan hakikat alam akhirat ini, kita pastinya akan sentiasa beringat supaya tidak melakukan kemungkaran walaupun kejahatan yang kecil kerana semuanya akan dihisab pada alam ini. Perbuatan-perbuatan yang buruk yang dilarang seperti dalam surah al-Hujurat ayat 6-13 itu adalah sebagai contoh perkara yang boleh memcahbelahkan masyarakat. Jadi, kita mestilah mengawasi perbuatan kita supaya tidak menyakitkan hati orang lain dan seterusnya mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Dos and don'ts from Surah Al-Hujurat (6-13)

Daripada surah Al-Hujurat ayat 6-13

1. Kita mestilah meneliti kebenaran sesuatu berita yang kite terima supaya kita tidak mencelakakan sesiapa.
2. Kita mestilah mendamaikan antara dua orang mukmin yang bertelingkah dengan adil dan perlu berlaku adil.
3. Jangan merendahkan orang lain kerana mereka juga boleh merendahkan kita.
4. Jangan mencela satu sama lain.
5. Jangan memanggil orang lain dengan gelaran yang buruk.
6. Kita mestilah menjauhi prasangka kerana berprasangka itu mengundang dosa.
7. Janganlah kita mencari kesalahan orang lain.
8. Kita tidak boleh mengumpat kerana akibatnya di neraka nanti orang yang mengumpat ini akan memakan daging saudaranya sendiri.
9. Kita mestilah saling kenal mengenali antara satu sama lain kerana itulah tujuan Allah menciptakan kita berbangsa-bangsa dan bersuku-suku.

Thursday 17 March 2016

Refleksi Mingguan Bab 1 (Ilham Farhana)

Pada kelas yang lepas saya telah mempelajari tentang 5 alam iaitu alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Masyarakat manusia terbentuk di alam roh. Pada ketika itu terjadinya Perjanjian Asali iaitu perjanjian antara umat manusia dan Tuhan iaitu Allah SWT. Sifat roh manusia adalah suci iaitu roh manusia ini sebenarnya telah mengenali Allah seperti yang kita dapat lihat dalam surah Al-A'raf ayat 172. Dalam ayat itu telah menyatakan bahawa semua roh manusia ini mengakui dan bersaksi bahawa Allah adalah Tuhan mereka. Apabila sampai ke alam dunia, manusia itu sendiri diberi pilihan untuk patuh kepada Allah atau kufur.

Maka apabila saya telah mempelajari tentang perkara ini, saya mestilah mnjadi seorang insan yang menyedari bahawa hakikat roh yang berada di dalam jasad saya ini adalah suci dan saya tidak patut mengotorinya dengan perkara-perkara yang tidak baik. Saya juga perlu menyedari bahawa alam dunia ini bersifat sementara. Oleh itu, saya perlu mengenali siapa diri saya yang sebenar dan fokus untuk memperbaiki diri (tajdid niat selalu, kenali Tuhan dan hakikat hidup sebagai seorang Islam, jangan perasan baik, berkasih sayang untuk sekalian alam) supaya saya dapat menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat keredhaan-Nya dan mempunyai hati yang sejahtera untuk berjumpa dengan Allah kelak.


Refleksi mingguan bab 1 (shameeza najihah)

Dalam bab 1 juga, saya mempelajari asas perkenalan kepada pembentukan manusia serta perkaitan roh dengan manusia di mana roh dapat memberi kebebasan dengan mengikat tangunggjawab individu dan masyarakat. Saya juga mempelajari pandangan Islam tentang perbezaan manusia melalui surah Al-Hujurat (ayat 6-13) di mana di dalam surah ini menjelaskan jangan sesekali menerima terus berita yang kita dapat daari golongan fasik iaitu golongan yang berterusan melakukan dosa dan tanpa rasa bersalah, apabila kita menerima berita dari golongan fasik, kita hendaklah menyelidiki terlebih dahulu berita yang diterima dengan bukti atau hujah yang diterima akal, serta larangan-larangan yang harus dipatuhi untuk menggalakkan perpaduan sesama masyarakat seperti jangan mencemuh orang lain, jangan rasa diri lebih baik, jangan mengaibkan orang lain, jangan membuat panggilan buruk terhadap orang lain, jangan bersangka buruk terhadap orang lain, jangan mengintip atau mencari kesalahan, serta jangan mengumpat orang lain.

Refleksi Mingguan Bab 1 (sharifah nur jalilah)

Dalam bab 1, saya telah belajar mengenai pengenalan kehidupan manusia. Kewujudan manusia tidak berpisah dengan Allah swt dan setiap saat ditadbir oleh Allah. Wujudnya manusia untuk mendapat kebahagiaan abadi. Manusia bermasyarakat semenjak alam roh. Pembaikan masyarakat bergantung pada pembaikan roh. Setiap kebebasan individu diikat dengan tanggungjawab. Roh datang dari sisi tuhan dan sifat semua roh adalah baik, patuh dan tunduk. Dari surah Al-Hujurat, ada disebut bawa berita (binabain), selidik,bertanya dan teliti dahulu apabila mendengar sesuatu berita (fatabayyano), orang yang mendapat petunjuk (Ar-Rasyidun) dan Allah mencintakan (Habbabah). Terdapat juga mengenai orang yang munafik iaitu berpura-pura seperti apabila janji dia mungkir, berkata dia berbohong dan amanah dia khianat. Selain itu, Fasik ialah orang yang berterusan melakukan dosa tanpa rasa bersalah. Allah mempercintakan iman, memperhiaskan hati dengan iman, dan memperbencikan orang yang kufur, fasik dan maksiat. Jalan petunjuk dengan menambahkan ilmu tentang Rasulullah saw. Kalau bergaduh antara manusia damaikanlah, jangan mencemuh dan jangan merendah-rendahkan, jangan menyatakan keaiban, jangan mencari kesalahan dan jangan mengumpat. Mulia bersamaan dengan taqwa. Kemuliaan manusia ikut pemikiran sendiri iaitu Ras (melihat dari rupa paras dan warna kulit), Bangsa (keturunan – etnik berdasarkan budaya yang hampir sama), Kelas (berdasarkan status ekonomi), dan Warganegara (berbeza-beza sepadan politik). Tahap hubungan etnik ada dua iaitu tahap negatif dan tahap positif. Tahap negative seperti Prejudis (bersangka buruk dan dalam diri sendiri tiada komunikasi), Stereotaip (kenyataan umum dan mula diluahkan), dan Diskriminasi (menjatuhkan, berkelompok dan berpuak-puak). Manakala, tahap positif seperti Akomodasi (sedar dan hormat serta tahu pantang larang budaya masing-masing, A+B=A+B), Akulturasi (peminjaman budaya seperti makanan, pakaian, dan bahasa, (A+B=Ab+Ba), Asimilasi (hilang identiti asal dan menyerap masuk budaya yang lebih dominant, A+B=A), dan Amalgamasi (kahwin campur, A+B=C).