Thursday 24 March 2016

Empat Ciri-ciri Budaya

Antara ciri-ciri budaya adalah:

1. Boleh dipelajari
2. Boleh dikongsi bersama
3. Bersifat universal
4. Boleh diwarisi
5. Bersifat dinamis
6. Mempunyai unsur simbolik
7. Terdapat pandangan semesta (world view)

Wednesday 23 March 2016

Kefahaman Terhadap Lima Alam

Bagaimanakah kefahaman terhadap lima alam dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni walaupun berbeza?

Pertamanya, kefahaman tentang alam roh, iaitu pada alam ini terjadinya Perjanjian Asali antara Allah dan roh-roh manusia. Pada alam ini, semua roh telah bersama-sama bersaksi bahawa Allah adalah Tuhan dan sememangnya roh diciptakan dalam keadaan yang mulia dan secara fitrahnya roh itu menyukai kebaikan. Jika kita tahu dan sedar hakikat ini, semestinya kita akan sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan supaya dunia ini sentiasa aman dan harmoni walaupun terdapat masyarakat yang berbeza-beza.

Kedua, kefahaman terhadap alam rahim. Pada alam ini kita telah diciptakan secara fizikalnya dan ditiupkan roh ke dalam jasad fizikal kita. Antara perkara yang telah ditentukan oleh Allah kepada kita pada alam ini ialah, jodoh, rezeki dan ajal maut. Kita haruslah sedar tentang hakikat ini bahawa Allah lah yang berkuasa dalam proses penciptaan manusia. Oleh itu, kita tidak boleh menyakiti orang lain kerana mereka juga adalah ciptaan Allah sama sahaja seperti kita.

Ketiga, kefahaman tentang alam dunia. Pada alam ini, manusia sentiasa diuji dan sentiasa penuh dengan pilihan. Pilihan sama ada untuk patuh kepada Allah ataupun tidak, pilihan untuk mengikuti kebaikan atau sebaliknya dan sebagainya. Kita sebagai manusia haruslah menyedari bahawa alam dunia ini adalah bersifat sementara dan amalan kitalah yang akan menentukan keadaan kita di alam barzakh dan pengakhiran kita di alam akhirat. Jika kita sentiasa menyedari hakikat ini, kita akan sentiasa berwaspada akan tindakan kita kepada sesama manusia supaya wujudnya masyarakat harmoni.

Keempat, kefahaman tentang alam kubur. Pada alam ini, keadaan kita akan diukur melalui amalan kita pada alam dunia. Malaikat Mungkar dan Nakir akan bertanyakan kepada kita dan amalan kita serta tubuh badan kitalah yang akan menentukan kita akan selamat di alam kubur ataupun sebaliknya. Kita mestilah menyedari tentang hakikat alam kubur ini supaya kita sentiasa takut untuk berbuat kejahatan dalam masyarakat kita supaya kita akan menjadi contoh kepada masyarakat dan seterusnya masyarakat yang terbentu adalah masyarakat yang harmoni.

Akhir sekali adalah kefahaman tentang alam akhirat. Pada alam ini, segala amalan kita akan dihisab walaupun sekecil zarah. Melalui amalan yang dihisab itu, kita akan ditentukan ke mana hala tuju terakhir kita adakah di syurga ataupun di neraka. Jika kita tahu dan sedar akan hakikat alam akhirat ini, kita pastinya akan sentiasa beringat supaya tidak melakukan kemungkaran walaupun kejahatan yang kecil kerana semuanya akan dihisab pada alam ini. Perbuatan-perbuatan yang buruk yang dilarang seperti dalam surah al-Hujurat ayat 6-13 itu adalah sebagai contoh perkara yang boleh memcahbelahkan masyarakat. Jadi, kita mestilah mengawasi perbuatan kita supaya tidak menyakitkan hati orang lain dan seterusnya mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Dos and don'ts from Surah Al-Hujurat (6-13)

Daripada surah Al-Hujurat ayat 6-13

1. Kita mestilah meneliti kebenaran sesuatu berita yang kite terima supaya kita tidak mencelakakan sesiapa.
2. Kita mestilah mendamaikan antara dua orang mukmin yang bertelingkah dengan adil dan perlu berlaku adil.
3. Jangan merendahkan orang lain kerana mereka juga boleh merendahkan kita.
4. Jangan mencela satu sama lain.
5. Jangan memanggil orang lain dengan gelaran yang buruk.
6. Kita mestilah menjauhi prasangka kerana berprasangka itu mengundang dosa.
7. Janganlah kita mencari kesalahan orang lain.
8. Kita tidak boleh mengumpat kerana akibatnya di neraka nanti orang yang mengumpat ini akan memakan daging saudaranya sendiri.
9. Kita mestilah saling kenal mengenali antara satu sama lain kerana itulah tujuan Allah menciptakan kita berbangsa-bangsa dan bersuku-suku.

Thursday 17 March 2016

Refleksi Mingguan Bab 1 (Ilham Farhana)

Pada kelas yang lepas saya telah mempelajari tentang 5 alam iaitu alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Masyarakat manusia terbentuk di alam roh. Pada ketika itu terjadinya Perjanjian Asali iaitu perjanjian antara umat manusia dan Tuhan iaitu Allah SWT. Sifat roh manusia adalah suci iaitu roh manusia ini sebenarnya telah mengenali Allah seperti yang kita dapat lihat dalam surah Al-A'raf ayat 172. Dalam ayat itu telah menyatakan bahawa semua roh manusia ini mengakui dan bersaksi bahawa Allah adalah Tuhan mereka. Apabila sampai ke alam dunia, manusia itu sendiri diberi pilihan untuk patuh kepada Allah atau kufur.

Maka apabila saya telah mempelajari tentang perkara ini, saya mestilah mnjadi seorang insan yang menyedari bahawa hakikat roh yang berada di dalam jasad saya ini adalah suci dan saya tidak patut mengotorinya dengan perkara-perkara yang tidak baik. Saya juga perlu menyedari bahawa alam dunia ini bersifat sementara. Oleh itu, saya perlu mengenali siapa diri saya yang sebenar dan fokus untuk memperbaiki diri (tajdid niat selalu, kenali Tuhan dan hakikat hidup sebagai seorang Islam, jangan perasan baik, berkasih sayang untuk sekalian alam) supaya saya dapat menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat keredhaan-Nya dan mempunyai hati yang sejahtera untuk berjumpa dengan Allah kelak.


Refleksi mingguan bab 1 (shameeza najihah)

Dalam bab 1 juga, saya mempelajari asas perkenalan kepada pembentukan manusia serta perkaitan roh dengan manusia di mana roh dapat memberi kebebasan dengan mengikat tangunggjawab individu dan masyarakat. Saya juga mempelajari pandangan Islam tentang perbezaan manusia melalui surah Al-Hujurat (ayat 6-13) di mana di dalam surah ini menjelaskan jangan sesekali menerima terus berita yang kita dapat daari golongan fasik iaitu golongan yang berterusan melakukan dosa dan tanpa rasa bersalah, apabila kita menerima berita dari golongan fasik, kita hendaklah menyelidiki terlebih dahulu berita yang diterima dengan bukti atau hujah yang diterima akal, serta larangan-larangan yang harus dipatuhi untuk menggalakkan perpaduan sesama masyarakat seperti jangan mencemuh orang lain, jangan rasa diri lebih baik, jangan mengaibkan orang lain, jangan membuat panggilan buruk terhadap orang lain, jangan bersangka buruk terhadap orang lain, jangan mengintip atau mencari kesalahan, serta jangan mengumpat orang lain.

Refleksi Mingguan Bab 1 (sharifah nur jalilah)

Dalam bab 1, saya telah belajar mengenai pengenalan kehidupan manusia. Kewujudan manusia tidak berpisah dengan Allah swt dan setiap saat ditadbir oleh Allah. Wujudnya manusia untuk mendapat kebahagiaan abadi. Manusia bermasyarakat semenjak alam roh. Pembaikan masyarakat bergantung pada pembaikan roh. Setiap kebebasan individu diikat dengan tanggungjawab. Roh datang dari sisi tuhan dan sifat semua roh adalah baik, patuh dan tunduk. Dari surah Al-Hujurat, ada disebut bawa berita (binabain), selidik,bertanya dan teliti dahulu apabila mendengar sesuatu berita (fatabayyano), orang yang mendapat petunjuk (Ar-Rasyidun) dan Allah mencintakan (Habbabah). Terdapat juga mengenai orang yang munafik iaitu berpura-pura seperti apabila janji dia mungkir, berkata dia berbohong dan amanah dia khianat. Selain itu, Fasik ialah orang yang berterusan melakukan dosa tanpa rasa bersalah. Allah mempercintakan iman, memperhiaskan hati dengan iman, dan memperbencikan orang yang kufur, fasik dan maksiat. Jalan petunjuk dengan menambahkan ilmu tentang Rasulullah saw. Kalau bergaduh antara manusia damaikanlah, jangan mencemuh dan jangan merendah-rendahkan, jangan menyatakan keaiban, jangan mencari kesalahan dan jangan mengumpat. Mulia bersamaan dengan taqwa. Kemuliaan manusia ikut pemikiran sendiri iaitu Ras (melihat dari rupa paras dan warna kulit), Bangsa (keturunan – etnik berdasarkan budaya yang hampir sama), Kelas (berdasarkan status ekonomi), dan Warganegara (berbeza-beza sepadan politik). Tahap hubungan etnik ada dua iaitu tahap negatif dan tahap positif. Tahap negative seperti Prejudis (bersangka buruk dan dalam diri sendiri tiada komunikasi), Stereotaip (kenyataan umum dan mula diluahkan), dan Diskriminasi (menjatuhkan, berkelompok dan berpuak-puak). Manakala, tahap positif seperti Akomodasi (sedar dan hormat serta tahu pantang larang budaya masing-masing, A+B=A+B), Akulturasi (peminjaman budaya seperti makanan, pakaian, dan bahasa, (A+B=Ab+Ba), Asimilasi (hilang identiti asal dan menyerap masuk budaya yang lebih dominant, A+B=A), dan Amalgamasi (kahwin campur, A+B=C).