Pada kelas yang lepas saya telah mempelajari tentang 5 alam iaitu alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Masyarakat manusia terbentuk di alam roh. Pada ketika itu terjadinya Perjanjian Asali iaitu perjanjian antara umat manusia dan Tuhan iaitu Allah SWT. Sifat roh manusia adalah suci iaitu roh manusia ini sebenarnya telah mengenali Allah seperti yang kita dapat lihat dalam surah Al-A'raf ayat 172. Dalam ayat itu telah menyatakan bahawa semua roh manusia ini mengakui dan bersaksi bahawa Allah adalah Tuhan mereka. Apabila sampai ke alam dunia, manusia itu sendiri diberi pilihan untuk patuh kepada Allah atau kufur.
Maka apabila saya telah mempelajari tentang perkara ini, saya mestilah mnjadi seorang insan yang menyedari bahawa hakikat roh yang berada di dalam jasad saya ini adalah suci dan saya tidak patut mengotorinya dengan perkara-perkara yang tidak baik. Saya juga perlu menyedari bahawa alam dunia ini bersifat sementara. Oleh itu, saya perlu mengenali siapa diri saya yang sebenar dan fokus untuk memperbaiki diri (tajdid niat selalu, kenali Tuhan dan hakikat hidup sebagai seorang Islam, jangan perasan baik, berkasih sayang untuk sekalian alam) supaya saya dapat menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat keredhaan-Nya dan mempunyai hati yang sejahtera untuk berjumpa dengan Allah kelak.
No comments:
Post a Comment