Thursday 12 May 2016

Refleksi Mingguan Bab 5 (Ilham Farhana)

Pembangunan Politik adalah suatu proses perubahan atau transformasi secara berencana yang melibatkan perubahan dalam tadbir urus negara dari lama kepada yang baru dan terkini.Matlamat pembangunan Politik adalah untuk pembinaan negara bangsa dan perubahan struktur dan budaya politik dari cara tradisional kepada terkini dan moden.Proses pembangunan politik melibatkan Parti- parti politik, Majlis perwakilan rakyat atau parlimen, perlembagaan negara dan Pilihan raya.Proses pembangunan politik diukur berdasarkan kerjasama pelbagai etnik mewujudkan perpaduan,keharmonian, pembangunan dan kemakmuran negara. Hubungan etnik selepas penubuhan Malaysia mewujudkan perpaduan dan integrasi etnik berjaya dalam bidang politik di mana ia dapat membawa semua etnik utama ke dalam proses politik dan pentadbiran.Namun, kejayaan dalam bidang politik ini tidak dapat diterjemahkan kepada bidang lain terutama dari segi masyarakat dan ekonomi. Seterusnya, pendekatan Islam dalam pembangunan Politik terbahagi kepada tiga asas yang utama iaitu Akidah, Syariah, dan akhlak yang mana bersumberkan politik Islam yakni al-Sunnah, Ijma’, Al- Quran dan Qias. Sistem politik Islam atau pemerintahan Islam adalah kesinambungan daripada tugas Rasulullah S.A.W sebagai ketua negara Islam. Manakala,tugas Rasulullah yang pertama adalah sebagai Nabi dan Rasul yang tidak akan ada penganti sehingga ke hari kiamat.
Maka setelah saya mempelajari tentang pembangunan politik ini, saya berazam untuk menambah ilmu tentang politik dan Islam kerana kedua-duanya sangat saling bergantungan antara satu sama lain. 

No comments:

Post a Comment