Friday 27 May 2016

Refleksi mingguan bab 8 (sharifah nur jalilah)

Dalam bab 8 iaitu islam dan hubungan etnik, apa yang saya dapat belajar dalam bab ini ialah islam tidak mempersoalkan perbezaan etnik, kerana ia bukan menjadi penhalang untuk manusia berbaik-baik, bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Namun, islam melihat kepelbagaian etnik dengan pandangan yang positif untuk berkenal-kenalan dan bantu membantu dalam perkara kebaikkan. Seperti yang digariskan dalam ayat Al-Hujurat ayat 12-13 “wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain”. Konsep asas hubungan etnik dalam islam terdiri daripada berkenal-kenalan (al-taaruf), faham memahami (al-tafahum), saling bekerjasama (al-taawun), persaudaraan (ukhuwah), berkasih sayang (al-mahabbah), dan akhir sekali jamin menjamin (al-tadhamun). Terdapat 6 prinsip islam berkaitan dengan nilai kemanusiaan iaitu al-ilm, al-syura, al-adalah, al-hurriyah, al-musawwah, dan al-masuliyyah. Dalam bab ini juga, saya dapat mengetahui dan mengaplikasi nilai-nilai kemanusiaan dalam merapatkan hubungan antara kaum di Malaysia.

No comments:

Post a Comment